Ayah aku beli yang dilelong punya pada tahun 1996 (aku darjah 6). Aku ingat lagi balik sekolah nampak kereta polis parking kat rumah, dah cuak dah masa tu ingatkan ada kes apa-apa, maklumlah masa tu mana la ada handphone, lagi kalau ada pon - budak darjah 6 tak patut pakai handphone. Masuk rumah baru la tau oh rupanya kereta second hand baru.
Asalnya kereta ni ada stripe kuning biru (dah memang kereta polis). Sebab ini kereta polis ada la juga kisah lawak macam abang ipar aku pakai proton ni, pastu nampak kawan dia (tengah drive jugak) jadi dia cucuk la mau kasi perasan, hon apa semua. Kawan dia ni pulak ingatkan ni kereta polis, dia mau lari. Last last baru perasan, masing-masing gelak je.
Ini second car ayah aku la, pastu dia kasi abang aku pakai, pastu sekarang aku plak mewarisi kereta ni. Hari ni (10 Februari) aku dah selamat ambil kereta ni, (mentang-mentang cuti). Pergi dengan abang aku dekat workshop Taman Melati, tukar minyak hitam Castrol, Oil filter & bulb lampu belakang 2 biji. Kos semua ni ada la dalam RM 75, kiranya macam harga aku angkat kereta ni 75 ringgit pulak. Untung tak payah downpayment tak payah bulan bulan bayar.
Kereta ni boleh jalan lagi la, tapi banyak nak kena repair. Nah aku sediakan gambarnya, maaf lah kalau tak lawa sebab ambil pakai handphone saja.
Lampu belakang ni pecah dilanggar orang ke apa cerita aku tak tau la. Yang sedihnya abang aku tukar bulb tu dah 2 kali, tukar je kena curi. Tadi aku dah tukar bulb baru lepas tu masa parking kat rumah tu aku cabut bulb tu simpan. Kiranya macam orang selalu cabut panel CD player bila parking, macam tu juga aku buat untuk bulb lampu.
Dalaman:
Alamak gambar ni gelap pulak, gambar ni aku nak tunjuk panel pintu (sebelah kanan, bawah) dah terkeluar.
Kalau tengok baik baik nampak plastik cermin belakang tu dah reput. Barang lama lepas tu panas pula, ini la jadinya.
Gambar ni pula menunjukkan plastik yang nak kontrol angin masuk tak masuk tu dah ghaib.

Haa ini dia, tombol pengawal aircond pon telah menghilangkan diri, last last abang aku letak duit 1 sen dekat celah-celah tu boleh je kontrol.
Haaa, tengoklah, design terbaru proton! Tak pakai plastik biar besi terus.
Itu duit 1 sen buat kontrol fan speed, terbaik.
Projek aku bukan apa, cuma nak restore balik kereta ini kepada keadaan asalnya. Bukan mahu buat racing, bukan mahu letak lampu hijau bawah kereta, cuma mahu buat kereta ni nampak baru tapi pakai barang semua standard saga.
Keutamaan aku sekarang nak pergi pomen biar dia check engine (overhaul kalau perlu), buat aircond balik, cari cover set lampu depan dan belakang satu set. Aku cuma mahu kereta ni berjalan dengan selamat dan boleh diharap. Sudah tu baru kita cover kosmetik punya modifikasi.
Kalau korang ada contact number ataupun korang ada barang spare part lebih, aku minta kasi sharing sama aku.
Selamat Maju Jaya!
e-mail aku di prohacks@hotmail.com atau letak saja contact number di bahagian komen.







1 comment:
rajin2 la melawat zerotohundred.com dan terato.com
kat terato tu banyak otai2 saga.
Post a Comment