Sudah lebih kurang 2 bulan aku pakai kereta ni. Pada 20-24 haribulan Mac aku telah pulang ke kampung kerana ayahku suruh. Mahu tengok tanah katanya. Lagipun kali terakhir aku balik adalah raya puasa lepas. Ingatkan nak balik dengan abang aku tetapi abang pula tidak dapat balik. Tiket bas pula pastinya sudah habis, jadi aku nekad sahaja mahu pulang dengan Saga aku.
Aku periksa tekanan angin tayar dan isi minyak penuh, terus tanpa fikir panjang balik kampung. Berhenti di stesen Shell Lipis (bukan Kuala Lipis). Aku matikan enjin, cuba hidupkan balik tidak dapat. Nasib baik di belakang stesen Shell tu ada bengkel kereta, maka dia pon check, rupanya alternator aku rosak. Tersenyum juga aku, tapi aku memang dah sedia untuk berdepan dengan benda macam ni sebab aku dah lama nak bawa kereta atau motor seorang diri merentasi Malaysia ni. Aku minta pomen cajkan balik batteri sahaja. Kalau mahu tukar satu alternator pomen tu kasi harga 300 lebih. Aku cakap aku akan tukar sendiri di kampung, untuk masa sekarang hanya bawa kereta dan tidak matikan enjin lagi.
Sampai juga di kampung aku 5 jam kemudian. Buat hal-hal ayahku dan hari yang aku balik ke Damansara tu aku pergi service alternator. Pomen di kampung memang pakar wiring, dia service tukar bearing sahaja kena bayar dalam RM70 ringgit. Kereta siap, esok pagi aku terus tanpa masalah sampai ke rumah Damansara dalam masa 6 jam.
Itu cerita bulan Mac.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment