Perkara pertama yang aku buat. Masuk bengkel SS3. Tunjuk dekat pomen, suruh dia pandu dan beritahu masalah kereta aku. Hasilnya, banyak barang ditukar. Top overhaul set, driveshaft baru, clutch set baru, dan banyak lagi boleh rujuk gambar dalam posting dibawah. Tapi aku puas hati juga la bila keluar bengkel kereta sedap dipandu.
Hari kemudiannya aku pergi ke satu bengkel di Damansara Utama, khas untuk pastikan semua lampu kereta aku hidup. Aku juga telah tukarkan pelampung tangki minyak supaya senang bila aku pandu kereta nanti tahu minyak paras berapa.
Aku layari http://www.protoncars.biz sambil tengok barang spare part atau half cut yang boleh dimasukkan ke dalam Saga aku. Hasilnya, sebiji unit karburator Weber DCNF bersaiz 40. Aku beli dari otai Weber, abang Pian.
Abang Pian suruh aku pergi dekat satu pomen pakar Weber di Kampung Medan.
Dia ada lukis peta, aku cari balik dalam Google Earth.


Aku ingat nak servis dulu karburetor ni, untuk dipasang mungkin dalam minggu depan, tapi masa aku sampai tu abang Ramli cakap kejap je sebab tapak semua dia dah standby buat. Dia ingatkan kereta aku ni 12 valve (aku pon sama) rupanya 8 valve. Maka satu hari tadi aku duduk di bengkel dia. Nasib baik ada Astro. Aku sampai pukul 11 pagi, keluar pukul 6 petang lebih. Tapi puas hati lah masuk standard keluar karburetor performance terus.
Abang Man nasihatkan pakai Weber ni kaki kena lembut. Enjin 4G15 aku juga akan ambil masa dalam satu bulan untuk biasa dengan karburetor Weber ni. Aku pandu tadi nyata aku masih belum biasa lagi. Tekan sikit sahaja kereta jadi tersedut-sedut.
Seterusnya aku akan pergi ke Speedworks untuk membeli penapis udara K&N khas untuk DCNF 40. Tidak lupa juga untuk menukar brek depan Saga aku.
Suspension, tinting dan rim sukan boleh dibuat kemudian. Sehingga berjumpa lagi, pandu cermat, jiwa selamat.

3 comments:
Aku dah bawak dah keta ni. Jauh giler beza kalau nak banding masa pakai karburetor asal. Cuma nak kene upgrade brek ngan suspension.
demit rakan sama birthday..
ko brani ko upload gambar weber ko. twin ke single? skang ko filter pakai kain je ke? fuel consumption camne? jawapppppppppp!
kete aku pon sakit ni... isk!
tak lupa ingatakan tulus ikhlas daripadaku ini.. berminat juga dengan progress projek saga-X kamu ini.. sila pastikan econd tiptop.. penting untuk selesa toww bohh!! haha
Post a Comment